Accessibility Tools

Dasar Privasi

Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui Portal Perbendaharaan di http://ppapk.treasury.gov.my dan www.mof.gov.my.

KESELAMATAN DATA

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari http://ppapk.treasury.gov.my dan www.mof.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam portal ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

PAUTAN

Walaupun http://ppapk.treasury.gov.my dan www.mof.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

FAIL LOG

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan portal Perbendaharaan, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

COOKIES

Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walaubagaimana pun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

PINDAAN DASAR

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

PERTANYAAN ATAU ADUAN

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi http://ppapk.treasury.gov.my dan www.mof.gov.my bolehlah menghubungi kami melalui borang pertanyaan yang disediakan.

MAKLUM BALAS

Kami amat mengalu-alukan maklum balas dari pengunjung.

PEJABAT PENDAFTAR AGENSI PELAPORAN KREDIT
Kementerian Kewangan
Aras 2, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

03-8890 6559 / 03-8890 6560

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | PPK

Jumlah Pelawat

022163
Image
Image
Image

Pautan Pantas

Pilih bahasa anda