Accessibility Tools

Soalan Lazim

a. Apakah PPK?
PPK merupakan singkatan bagi Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit yang merupakan suatu agensi di bawah Kementerian Kewangan dan telah ditubuhkan bagi mentadbir Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710].

b. Siapa yang perlu berdaftar dengan PPK?
Seseorang yang menjalankan perniagaan pelaporan kredit perlu mengemukakan permohonan untuk didaftarkan sebagai sebuah agensi pelaporan kredit.

c. Mengapa PPK ditubuhkan?
PPK ditubuhkan bagi menjamin perlindungan pengguna serta hak privasi data kredit pengguna dengan mewujudkan satu rangka kawal selia bagi agensi pelaporan kredit. Berpandukan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, PPK bertanggungjawab untuk mengawal selia industri pelaporan kredit agar masalah seperti maklumat kredit tidak tepat, tidak dikemas kini, tidak lengkap, kesilapan identiti individu, rekod disimpan terlalu lama dan maklumat pengguna serta hak pengguna dapat ditangani dengan lebih efisien dan sistematik. Selain itu, PPK turut berperanan untuk menggalakkan dan memajukan pembangunan agensi pelaporan kredit dan sektor pelaporan kredit di Malaysia.

d. Adakah CCRIS diselia di bawah PPK?
Tidak. CCRIS yang merupakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat adalah di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.

PEJABAT PENDAFTAR AGENSI PELAPORAN KREDIT
Kementerian Kewangan
Aras 2, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

03-8890 6559 / 03-8890 6560

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | PPK

Jumlah Pelawat

022163
Image
Image
Image

Pautan Pantas

Pilih bahasa anda