Objektif
AKTA 710
Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 atau Akta 710 ialah undang-undang Malaysia yang memperuntukan pendaftaran dan pengawalseliaan agensi pelaporan kredit dan perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Rang Undang-undang ini telah diperkenalkan ke dalam Parlimen Malaysia oelh Dato'Seri Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia pada 18 November 2009. Ia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 20 April 2010 dan Dewan Negara (Senat) pada 4 Mei 2010 tanpa apa-apa pindaan. Akta tersebut telah mendapat Perkenan Diraja pada 2 jun 2010 selaras dengan Fasal 4A Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Kewangan Kedua, melalui perwartaan P.U.(B)12/2014, telah menetapkan 15 Januari 2014 sebagai tarikh Akta ini mula berkuat kuasa.
Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kemeterian Kewangan Malaysia bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan Akta ini.
Struktur
Akta 710 mempunyai 9 Bahagian yang mengandungi 77 seksyen dan 4 jadual
Bahagian I: Permulaan
Bahagian II: Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pendaftar
Bahagian III: Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit
Bahagian IV: Pengurusan Agensi Pelaporan Kredit
Bahagian V: Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit
Bahagian VI: Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
Bahagian VII: Penguatkuasaan
Bahagian VIII: Pelbagai
Bahagian XI: Peruntukan Kecualiandan Peralihan
Jadual Pertama
Jadual Kedua
Jadual Ketiga
Jadual Keempat
Perundangan Subsidiari
Di bawah seksyen 72 Akta, Menteri telah membuat perundangan subsidiari berikut:
Peraturan-Peraturan Agensi Pelaporan Kredit (Pendaftaran) 2014 [P.U (A) 142/2014]
Peraturan- Peraturan Agensi Pelaporan Kredit (Pengkompaunan Kesalahan) 2014 [P.U (A) 275/2014]
Catatan
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] tidak terpakai bagi pemprosesan maklumat kredit oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah seksyen 76 Akta.
Peruntukan Akta tidak terpakai ke atas Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System atau CCRIS) yang diwujudkan di abwah seksyen 47 Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701] dan diselia oleh Bank Negara Malaysia.