Visi, Misi, Kuasa Dan Fungsi
VISI
Menjadi organisasi yang berprestasi tinggi, dinamik, cekap dan bertanggungjawab dalam mewujudkan industri pelaporan kredit berdaya saing, berintegriti dan kompetitif sejajar dengan arus globalisasi dunia.
MISI
Memastikan pendaftaran, pengurusan dan pengawalseliaan ke atas agensi pelaporan kredit dilaksanakan secara adil, telus dan efektif.
KUASA
Mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai maafaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinye dibawah Akta 710.
Melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang difikirkanya patut untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya.
Membuat kontrak.
mengadakan dan menyenggarakan Daftar Agensi Pelaporan Kredit.
Mengutipkan apa-apa fi yang ditetapkan dibawah Akta 710
Melakukan semua perkara lain yang difikirkanya patut untuk membolehkanya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.
FUNGSI
Menasihati Menteri mengenai segala perkara berhubung dengan pentadbiran Akta 710.
Melaksanakan dan menguatkuasakan Akta 710 termasuk perumusan dasar dan tatacara pengendalian.
Memajukan kesedaran dan penyebaran maklumat kepada orang awam berhubung dengan pelaksanaan Akta 710.
Bertanggungjawab bagi pemantauan, pengawalan, penyediaan dan pengawalseliaan agensi pelaporan kredit.
Menggalakkan dan memajukan pembangunan agensi pelaporan kredit dan sektor pelaporan kredit dengan baik dan teratur.
Mewujudkan suatu persekitaran yang sesuai bagi agensi pelaporan kredit untuk menjalankan aktivitinya.
Menjalankan apa-apa aktiviti atau melakukan apa-apa perkara yang perlu, bermanfaat dan wajar bagi pentadbiran Akta 710, atau apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta 710 sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.