Sejarah
SEJARAH
Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit atau PPK ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 16 Jun 2011 melalui Perjawatan Bilangan A115 Tahun 2011 bertarikh 27 Jun 2011.
Pada waktu Penubuhan , PPK mempunyai tujuh (7} perjawatan yang merangkumi -
seorang Pendaftar, Gred 54 (Terbuka)
seorang Timbalan PEndaftar, Gred 48 (Terbuka)
dua (2) orang Penolong Pendaftar, Gred M41/M44
seorang Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29/F32
seorang Pembantu Khas, Gred N17/N22/N28
seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17/N22
Antara agensi pelaporan kredit yang telah didaftarkan apabila Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710] -mula dilkuatkuasakan pada 15 Januari 2014 adalah seperti berikut:
CTOS Data System Sdn. Bhd.
RAM Credit Information Sdn. Bhd. [sekarang dikenali sebagai Experian Information Services (Malaysia] Sdn. Bhd.]
Credit Bureau Malaysia Sdn. Bhd.
Basis Corporation Sdn. Bhd. [sekarang dikenali sebagai CTOS Basis Sdn. Bhd.]
FIS Data Reference Sdn. Bhd.
Dun & Bradstreet (D&B) Malaysia Sdn. Bhd.
PPK merupakan salah satu pusat hasil (revenue centre) Kerajaan Persekutuan melalui pengutipan bayaran fi yang diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Agensi Pelaporan Kredit (Pendaftaran) 2014 seperti berikut:
fi pemprosesan permohonan bagi pendaftaran APK
fi pengeluaran perakuan pendaftaran APK
fi pemprosesan permohonan bagi pembaharuan perakuan pendaftaran APK
fi pengeluaran perakuan pendaftaran diperbaharui APK
fi pemprosesan permohonan bagi pengubahan atau pembatalan syarat atau sekatan
fi pengeluaran perakuan pendaftaran terpinda