Accessibility Tools

Pembaharuan Perakuan Pendaftaran

  1. Suatu agensi pelaporan kredit boleh membuat suatu permohonan untuk pembaharuan perakuan pendaftaran tidak lewat daripada 90 hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu mengikut cara dan bentuk yang ditentukan oleh Pendaftar dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen yang dikehendaki oleh Pendaftar, tetapi tiada permohonan untuk pembaharuan boleh dibenarkan jika permohononan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran itu.
Image
  1. Apabila membaharui suatu perakuan pendaftaran, Pendaftar boleh mengubah syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan atau mengenakan syarat atau sekatan tambahan.
  1. Pendaftar boleh enggan membaharui suatu perakuan pendaftaran :
    1. Jika agensi pelaporan kedit itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan akta ini;
    2. Jika agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan semasa perakuan pendaftaran itu dikeluarkan; atau
    3. Jika dia berpuas hati bahawa agensi pelaporan kredit itu tidak boleh meneruskan perniagaan pelaporan kredit mengikut akta ini

PEJABAT PENDAFTAR AGENSI PELAPORAN KREDIT
Kementerian Kewangan
Aras 2, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

03-8890 6559 / 03-8890 6560

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | PPK

Jumlah Pelawat

024427
Image
Image
Image

Pautan Pantas

Pilih bahasa anda