Pembatalan Pendaftaran
- Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran suatu agensi pelaporan kredit jika dia berpuas hati bahawa :
- agensi pelaporan kredit itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan akta ini
- agensi pelaporan itu tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan apabila perakuan pendaftaran itu dikeluarkan
- pengeluaran perakuan pendaftaran itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh agensi pelaporan kredit itu
- agensi pelaporan kredit itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
- seorang penerima, pengurus atau penerima dan pengurus atau orang yang setara dengannya telah dilantil berkenaan mana-mana harta agensi pelaporan kredit itu;
- agensi pelaporan kredit itu telah berhenti menjalankan perniagaan pelaporan kredit bagi tempoh yang berterusan selama 3 bulan;
- agensi pelaporan kredit menjalankan perniagaan pelaporan kredit sebagai tambahan kepada perniagaan lain tanpa kelulusan bertulis Pendaftar terlebih
- agensi pelaporan kredit itu menyerahkan balik perakuan pendaftarannya kepada Pendaftar
- Walau apa pun subseksyen 16(1), Pendaftar tidak boleh membatalkan pendaftaran agensi pelaporan kredit itu melainkan jika Pendaftar berpuas hati bahawa, selepas memberi peluang kepada agensi pelaporan kredit itu untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, pendaftaran itu patut dibatalkan.
- Jika pendaftaran agensi pelaporan kredit itu dibatalkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu notis pembatalan pendaftaran kepada agensi pelaporan kredit itu, dan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan berkenaan dengan pendaftaran itu hendaklah tidak mempunyai kuatkuasa apabila notis pembatalan pendaftaran itu disampaikan.
- Sesuatu agensi pelaporan kredit yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah seksyen ini dan yang terus menjalankan perniagaan pelaporan kredit selepas itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua- duanya.
- Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap hari atau sebahgian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.