Accessibility Tools

Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit

LARANGAN MENJALANKAN PERNIAGAAN PELAPORAN KREDIT

  1. Tiada seorang pun boleh menjalankan suatu perniagaan pelaporan kredit melainkan jika :
    1. ia adalah satu syarikat dan
    2. ia telah didaftarkan sebagai suatu agensi pelaporan kredit dan suatu perakuan pendaftaran telah dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen 14(5)
  1. Seseorang yang melanggar peraturan dengan melakukan suatu kesalahan dan boleh :
    1. didenda tidak melebihi RM 1 juta atau
    2. dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau
    3. kedua-duanya
  1. Dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah boleh :
    1. didenda tidak melebihi RM 1000 bagi setiap hari atau
    2. didenda tidak melebihi RM 10,000 sebahagian hari sepanjang kesalahan itu berterusan selepas disabitkan
Image

SEKATAN MENJALANKAN PERNIAGAAN SELAIN PERNIAGAAN PELAPORAN KREDIT

  1. Suatu agensi pelaporan kredit tidak boleh menjalankan apa-apa perniagaan selain perniagaan pelaporan kredit, melainkan jika agensi itu telah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar terlebih dahulu.

  2. Seseorang yang melanggar subseksyen 12(1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, didenda tidak melebihi RM 200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

PEJABAT PENDAFTAR AGENSI PELAPORAN KREDIT
Kementerian Kewangan
Aras 2, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

03-8890 6559 / 03-8890 6560

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | PPK

Jumlah Pelawat

024387
Image
Image
Image

Pautan Pantas

Pilih bahasa anda