Penzahiran Yang Dilarang
Dalam Pelaporan Kredit

Melalui Seksyen 25 turut melarang agensi pelaporan kredit daripada memasukkan mana-mana maklumat berikut dalam suatu laporan kredit :
- Apa-apa maklumat melainkan jika maklumat itu termasuk nama dan alamat sumber maklumat kredit itu.
- Apa-apa maklumat melainkan jika identity pelanggan dapat dikenalpasti.
- Apa-apa maklumat yang berhubung dengan kebankrapan seseorang 2 tahun selepas tarikh pelepasannya daripada kebankrapan itu.
- Apa-apa maklumat yang berhubung dengan apa-apa kemungkiran dalam pembayaran balik kredit 2 tahun selepas tarikh penyelesaian muktamad akan amaun yang dimungkiri, termasuk penyelesaian amaun yang kena dibayar menurut suatu skim perkiraan dengan pembelian kredit.
- Apa-apa maklumat yang berhubung dengan suatu tindakan kewangan dalam mahkamah terhadap seseorang yang lebih daripada 2 tahun selepas tarikh permulaan prosiding itu, melainkan jika status semasa mengenai tindakan mahkamah itu telah dipastikan dan dimasukkan ke dalam laporan kredit itu.