Ringkasan Hak
HAK ANDA UNTUK MEMINTA DARIPADA PEMBERI KREDIT MAKLUMAT MENGENAI SEBAB-SEBAB BAGI PENOLAKAN PERMOHONAN ANDA UNTUK KREDIT (TINDAKAN KREDIT YANG TIDAK DIINGINI)
Sekiranya pemberi kredit menggunakan laporan kredit dalam menilai sesuatu transaksi dan ia mengakibatkan tindakan kredit yang tidak diingini terhadap subjek data, subjek data berhak mengetahui agensi pelaporan kredit (APK) yang mengeluarkan laporan kredit tersebut.Seterusnya, subjek data mempunyai untuk mengakses dan memeriksa laporan kredit berkenaan untuk memastikan ketepatan maklumat kredit dan mempunyai status terkini.
HAK ANDA UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT KREDIT ATAU LAPORAN KREDIT
Ini bermakna bahawa anda mempunyai hak untuk mengakses maklumat kredit atau laporan kredit anda daripada agensi pelaporan kredit (APK) yang memegang atau yang telah memproses laporan kredit anda. Walau bagaimanapun, agensi pelaporan kredit (APK) perlu mengesahkan identiti anda dan mengesahkan bahawa maklumat itu benar-benar berada dalam pangkalan data mereka sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses maklumat tersebut. Anda akan dibekalkan, atas permintaan anda dan apabila dibayar apa-apa fi yang boleh ditetapkan oleh agensi yang memegang maklumat kredit anda, maklumat atau laporan kredit yang tersebut di atas.
HAK ANDA UNTUK MEMPERTIKAIKAN MAKLUMAT KREDIT YANG SALAH
Ini bermakna bahawa jika maklumat atau laporan kredit anda yang telah didedahkan kepada pembekal kredit lanjutan daripada permohonan anda untuk kredit dan maklumat atau laporan kredit itu mengandungi maklumat yang tidak betul, anda mempunyai hak untuk mencabar laporan kredit itu mengikut prosedur yang diperuntukkan di bawah Akta 710. Anda boleh meminta agensi berkenaan membuat pembetulan.
HAK ANDA UNTUK MENGEMUKAKAN ADUAN KEPADA PENDAFTAR
Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Pendaftar terhadap mana mana agensi pelaporan kredit (APK) jika anda percaya bahawa hak anda di bawah Akta 710 telah dilanggar atau anda mempercayai apa apa kesalahan telah berlaku. Sebarang aduan hendaklah dibuat sebagaimana format yang disediakan dan di alamatkan kepada alamat dan emel yang tertera seperti yang di bawah:
PEJABAT PENDAFTAR AGENSI PELAPORAN KREDIT
Kementerian Kewangan
Aras 2, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
03-8890 6559 / 03-8890 6560